Friday, July 17, 2009

Misteri pisang Raja Udang

Pernah dengar tak cerita tentang ‘pisang raja udang’? Menurut cerita orang tua², pisang raja udang ni, tak boleh dimakan. Kata orang tua² lagi, kalau kita makan jugak, jangan menyesal jika ditimpa musibah terutamanya muntah berdarah. Tak pasti pulak sama ada betul atau tidak. Itu yang orang tua² selalu katakan pasal pisang berkulit merah keunguan ni.

Malah ada yang kata pisang raja udang ni, berpenunggu. Ni, lagi la aku tak tau tentang kesahihannya.. Semuanya masih lagi menjadi ‘misteri nusantara’.

Pisang ni sebenarnya adalah tumbuhan yg tidak dipedulikan. Sama macam pokok betik. Mungkin kerana ia senang tumbuh dan cepat membiak. Kalau kat kampung², dah tentu kita akan nampak sebatang dua pokok pisang yang ditanam di belakang rumah. Sekadar untuk dimakan sekeluarga.

Pisang sebenarnya bukan tanaman asal kita. Pun begitu, ia dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Terdapat lebih 14 jenis pisang yg boleh ditemui dan ditanam di Malaysia. Pisang seperti pisang embun, pisang berangan, pisang mas, pisang rastali, pisang awak dan pisang nangka antara yg paling popular di negara kita. Dalam istilah sainsnya pisang tergolong dalam Order Zingerberalis. Sebutannya juga berbeza di beberapa buah negara seperti Filipina & Indonesia. Kalau di Malaysia kita panggil pisang Rastali, di Indonesia dipanggil pisang Raja Sereh, di Filipina pula dipanggil Latundan. Pisang sesuai ditanam di mana saja dan pengeluaran hasilnya begitu mudah.

No comments:

Post a Comment